.

Wednesday, March 7, 2012

Hukum Adat

Posted by Ibnu `Alwi al-Syafi`e


HUKUM ADAT

Takrif Hukum Adat

"حُكْمُ الْعَادِىْ هُوَ إِثْبَاتُ الرَّبْطِ بَيْنَ أَمْرٍ وَأَمْرٍ وُجُوْدًا أَوْ عَدَمًا بِوَاسِطَةِ التَّكَرُّرِ مَعَ صِحَّةِ التَّخَلُّفِ وَعَدَمُ تَأْثِيْرِ أَحَدَهِمَا فِي الآخَرِ أَلْبَتَّةُ".
Maksudnya:

"Hukum adat ialah menetapkan perkaitan di antara sesuatu perkara dan sesuatu perkara pada adanya atau tiadanya dengan menegahi ia berulang-ulang kali terjadi serta ia sah untuk saling berlawanan (natijahnya) dan tiada memberi bekas salah satu daripada keduanya pada yang lain sekali-kali. Cth: api yg membakar nabi Ibrahim, maka kesan pembakaran tdk ada sbb api tdk bekerja ketika itu".

Adat ialah sesuatu perkara yang menjadi kebiasaannya berlaku, sekurang-kurangnya perbuatan tersebut berlaku sebanyak dua kali. Hukum adat juga dikatakan sunnatullah (peraturan Allah).
Contoh:

“Kena api akan rasa panas, bila kena sekali lagi, maka ia tetap berasa panas, baru dipanggil sebagai ADAT, syaratnya mesti berlaku dua kali”.

Maka perkara  yang menjadi adat (kebiasaan) itu empat jalan:

Ada dengan ada. Contoh: ada makan, ada kenyang. Ada belajar, ada pengetahuan.
2.      Ada dengan tiada. Contoh: ada makan, tiada lapar. Ada belajar, tiada jahil(tidak tahu).
3.      Tiada dengan ada. Contoh: tiada makan, ada lapar. Tiada belajar, ada jahil.
4.      Tiada dengan  tiada. Tiada makan, tiada kenyang. Tiada belajar, tiada `alim(tahu/pandai).
·         Hukum adat juga boleh berubah-ubah mengikut kehendak Allah ta`ala.
 
Hukum adat terbahagi kepada tiga bahagian:

1.      Wajib pada adat. Wajib pada adat adalah perkara yang kebiasaannya pasti berlaku.
Contoh: Apabila makan, maka wajib pada adat akan rasa kenyang. Apabila membakar dengan api, maka wajib hangus.

2.      Mustahil pada adat. Perkara yang tidak biasa berlaku.
Contoh: Apabila makan banyak, tidak rasa kenyang. Apabila dibakar dengan api, tidak hangus.

Contoh-contoh perkara mustahil pada adat yang pernah berlaku:

      Allah ta`ala memberhentikan sunnah-Nya (peraturan-Nya) ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api tetapi tidak terbakar. Inilah yang dikatakan perkara yang mustahil pada adat dan wajib kita mempercayai dan meyakini.

Ø  Nabi Sulaiman yang menjadi raja atau pemerintah di zamannya telah memerintahkan kepada sesiapa yang boleh membawa istana Ratu Balkis ke istana baginda, maka jin Afrid mengatakan: “aku boleh membawanya sebelum engkau bangun daripada kerusi. Wali Allah yang ada di situ berkata kepada Nabi Sulaiman: “aku boleh membawa istana Ratu Balkis dengan sekelip mata, maka dengan sekelip mata istana ratu Balkis pun sampai di istana Nabi Sulaiman”.

3.      Harus pada adat. Iaitu perkara yang boleh berlaku dan juga boleh tidak berlaku.
Contoh: seseorang itu boleh (harus) kenyang dengan memakan dua pinggan nasi. Kadang-kadang ada juga yang makan satu pinggan sudah kenyang.

v  Ketiga-tiga hukum adat ini (wajib, mustahil dan harus pada adat) termasuk di dalam hukum harus pada akal (boleh diterima oleh akal).
v  Orang yang jahil tentang hukum adat, terkadang boleh membawa seseorang itu kepada fasiq (iaitu orang yang melakukan dosa) seperti ia berkata ketika memotong tali dengan pisau yang tajam tetapi tidak putus: “Tak masuk akal, pisau yang tajam ini tidak dapat memotong tali”.
v  Dan terkadang boleh membawa seseorang itu keluar daripada Islam (kufur) seperti dia mengingkari mukjizat para Rasul dan Karamah para wali”.

0 comments:

Post a Comment

Akhtaru Sabili
Akhtarusabili

terus ke laman utama tanpa perlu klik