.

Wednesday, March 7, 2012

Hukum Akal

Posted by Ibnu `Alwi al-Syafi`e

HUKUM AKAL


Takrif Hukum

"اِثْبَاتُ اَمْرٍ لأَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ عَنْهُ".
Maksudnya:
"Penetapan suatu perkara kepada suatu perkara yg lain atau menafikannya (sesuatu perkara) daripadanya (daripada suatu perkara yang lain) cth: menetapkan wujudnya sifat qidam bagi Zat Allah atau menafikan kewujudan sifat bisu daripada Zat Allah ta`ala".

Pemahaman mengenai pembahagian hukum akal ini adalah suatu yang amat penting dan berperanan sebagai asas sebelum kita mempelajari ilmu I'tiqad atau ilmu Tauhid kerana pemahaman mengenai pembahagian hukum ini sangat diperlukan dalam perbahasan ilmu tersebut nanti agar tidak muncul kekeliruan dan salah faham ketika mempelajari ilmu Tauhid. Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam al-Qur’an.

Allah subhanahu wa`ta`ala berfirman:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِى ءَادَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلًا
Maksudnya:

"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami telah memberi mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut, kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik-baik dan kami telah lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan".
 
                                                                                                           (Surah al-Isra’: 70)
Allah subhanahu wa`ta`ala berfirman:
إِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَآ أَنْزَلَ اللهُ مِنَ السَّمَآءِ مِن مَّآءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيْهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيْفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ لَأَيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُوْنَ
Maksudnya:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi, sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.". 
      
                                                                                             (Surah al-Baqarah: 164)
 
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"تَفَكَّرُوْا فِيْ خَلْقِ اللهِ وَلاتَفَكَّرُوْا فِي اللهِ فَإِنَّكُمْ لَنْ تَقْدِرُوْا قَدْرَهُ".
Maksudnya:
"Berfikirlah tentang makhluk Allah dan jangan sekali-kali berfikir tentang Zat Allah, kerana sesungguhnya kalian sudah tentu tidak akan dapat mencapai hakikatnya”.
     (Diriwayatkan oleh  al-Ashbihani dan Abu  al-Syaikh yg bersumber dari Ibnu Abbas)


Definisi Akal:[1]


"اَلْعَقْلُ نُوْرٌ خَلَقَهُ اللهُ تَعَالَى لِلنَّفْسِ أَصْلُهُ مَعْرُوْرٌ فِي الْقَلْبِ وَلَهُ شِعَاعٌ مُتَّصِلٌ بِالدِّمَاغِ يُكْتَسَبُ بِهَا الْعُلُوْمُ الضَّرُوْرِيَّةُ وَالنَّظَرِيَّةُ".
Maksudnya:
"Bermula akal itu cahaya yang menjadi akan dia (akal) oleh Allah ta`ala bagi diri manusia,asalnya (akal) ditanam di dalam hati dan iainya (akal) mempunyai cahaya sinaran yang bersambung dengan otak, digunakan dengannya (akal iaitu boleh berfikir) akan (mengenai) ilmu yang bangsa dharuri (yang dituntuti) dan bangsa nazar (yang perlu difikirkan)".

Definisi Hukum Akal ( Hukum Aqli ):

"حُكْمُ الْعَقْلِيْ هُوَ اِثْبَاتُ أَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ مِنْ غَيْرِ تَوَقُّفٍ عَلَى تَكَرَّرٍ وَلا وَضِعٍ وَاضِعٍ".
Maksudnya:
"Menetapkan sesuatu perkara atau menafikan dia daripada tiada terhenti atas berulang-ulang dan tiada menghantar oleh orang yang menghantar".

Telah berkata al-Imam al-Sanusi di dalam kitabnya matan Ummu al-Barahim mengenai hukum akal dan pembahagiannya[2]:
  
"اِعْلَمْ أَنَّ الْحُكْمَ الْعَقْلِيْ يَنْحَصِرُ فِيْ ثَلاثَةِ اَقْسَامٍ الْوُجُوْبُ وَالاِسْتِحَالَةُ وَالْجَوَازُ".
Maksudnya:
"
 Ketahui olehmu bahawa sesungguhnya hukum yang segera pada akal itu terbatas pada tiga bahagian: pertama Wujud, kedua Istihalah dan ketiga Jawaz".

Seterusnya beliau mensyarahkan mengenai maksud istilah di atas[3]:  
"فَالْوَاجِبُ مَالايُتَصَوَّرُ فِى الْعَقْلِ عَدَمُهُ، وْالْمُسْتَحِيْلُ مَا لايُتَصَوَّرُ فِى الْعَقْلِ وُجُوْدُهُ، وَالْجَائِزُ مَا يَصِحُّ فِى الْعَقْلِ وُجُوْدُهُ وَعَدَمُهُ".
Maksudnya:
"Yang wajib itu ialah mana yang tidak dapat digambarkan ketiadaannya pada akal. Yang mustahil ialah mana yang tidak dapat digambarkan adanya pada akal dan Yang harus ialah mana yang sah ada dan tiadanya pada akal".

Makna istilah tersebut:
  1. Pertama: Wajib merupakan perkara yang ketiadaannya tidak boleh diterima oleh akal fikiran manusia.
  2. Kedua: Mustahil merupakan perkara yang  ketiadaannya boleh diterima oleh akal fikiran manusia.
  3. Ketiga: Harus ialah perkara yang kewujudan dan ketiadaannya boleh diterima oleh akal fikiran manusia.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz.

Saya masih pening tentang bab ini, contoh: jika kita tidak makan, maka kita tidak akan dapat kenyang. Itu mustahil pada adat atau akal?

Jika tiada asbab (A) maka natijah (B) tidak akan berlaku. Itu pada adat atau akal Ustaz?

Syukran.

Post a Comment

Akhtaru Sabili
Akhtarusabili

terus ke laman utama tanpa perlu klik